PSSPGM

Monday, May 16, 2011

Pelajar Jerman Disambut Oleh PSSPGM Balik Pulau di Kg.Terang




Posted by pusaka gayong balik pulau at 9:32 PM No comments:

Sunday, May 15, 2011

Pertandingan Silat MRSM Balik Pulau di MRSM Kota Putra

Posted by pusaka gayong balik pulau at 9:38 PM No comments:

Saturday, May 7, 2011

Persembahan Nasyid Di EKSPO Balik Pulau

Posted by pusaka gayong balik pulau at 5:50 PM No comments:

Sunday, March 20, 2011

PSSPGM Balik Pulau



Posted by pusaka gayong balik pulau at 10:32 AM No comments:

Monday, October 11, 2010

PSSPGM di Perkahwinan Jimmy Shanley








Posted by pusaka gayong balik pulau at 12:55 AM No comments:

PSSPGM Balik Pulau Bergambar Bersama Shamsul




PSSPGM Balik Pulau Pulau Pinang
Posted by pusaka gayong balik pulau at 12:50 AM No comments:

Sunday, October 10, 2010

Persembahan Silat & Kompang Di Majlis Perkahwinan Jimmy Shanley

Posted by pusaka gayong balik pulau at 12:01 AM No comments:
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Calendar

Waktu

PSSPGM Balik Pulau

BILANGAN YANG SUDAH MELAWAT

FEEDJIT Live Traffic Feed

Tempahan Kompang Kahwin & Majlis-Majlis Rasmi

Untuk Maklumat lanjut,
Boleh hubungi En. Anuwar : 012-577 2919
untuk tempahan.
Pusaka Anak Rebana Balik Pulau & 
Pusaka gayong Balik Pulau



Persembahan Pusaka Gayong Balik Pulau Di EKSPO Balik Pulau

Model Perkahwinan Tradisional Melayu di Little Penang Pada 28hb 12 2008

Kenangan Bersama Pusaka Anak Rebana

Persembahan Silat

Lagu

Pertabalan Ketua Beradat PSSPGM Balik Pulau

Pertabalan Ketua Beradat PSSPGM Balik Pulau
En. Anuwar b. Idris

Majlis Sandang Kebesaran Gayung di Gurun Kedah 2006

Majlis Sandang Kebesaran Gayung di Gurun Kedah 2006
Pusaka Gayong Balik Pulau

Kejohanan Sepak Takraw MSSM

Kejohanan Sepak Takraw MSSM
Hulu Balang Pusaka Gayong Balik Pulau

Perasmian Kilang PAC-TECH

Perasmian Kilang PAC-TECH
Kompang Pusaka Anak Rebana Balik pulau

Persembahan Kompang Raya Di JayaJusco Seberang Perai

Persembahan Kompang Raya Di JayaJusco Seberang Perai
Kompang Pusaka Anak Rebana Balik Pulau

Sambutan Pelancong-pelancong di Muzium Penranakan Penang

Sambutan Pelancong-pelancong di Muzium Penranakan Penang
Kompang Pusaka Anak Rebana

Persembahan Kibar Bendera Di hari Kemerdekaan

Persembahan Kibar Bendera Di hari Kemerdekaan
Pusaka Gayong Balik Pulau

Persembahan Kompang Di Little Penang

Persembahan Kompang Di Little Penang
Kompang Pusaka Anak Rebana Balik pulau

Persembahan Kompang Raya D Komplek Bukit Jambul

Persembahan Kompang Raya D Komplek Bukit Jambul
Sewaktu Lagi Nasyid di Persembahkan

Persembahan Kompang Raya Di QuenBay Mall

Persembahan Kompang Raya Di QuenBay Mall
Pusaka Anak Rebana Balik Pulau

GELANGGANG PUSAKA GAYONG BALIK PULAU

1. KOMPLEK SUKAN BALIK PULAU

2. MRSM BALIK PULAU

3. SMT BALIK PULAU

4. KAMPUNG TERANG

5. SK BALIK PULAU

6. SK GENTING


Untuk keterangan lanjut hubungi Anuar : 012-5772919

ADAT-ADAT & ISTIADAT SILAT SENI GAYONG

ADAB, ADAT & ISTIADAT SILAT SENI GAYONG


Antara aspek utama yang dapat menjadi kayu pengukur perbezaan antara silat seni Gayong dengan aliran silat Melayu lain dan juga aliran seni beladiri asing ialah dari segi adab, adat dan istiadat yang dipegang. Aspek ini sekiranya dapat dihayati dan disampaikan dengan baik akan dapat menghasilkan insan yang punya sahsiah dan jatidiri yang kental.

Pergerakan Silat Seni Gayong ini bermula dengan adat istiadat yang membawa maksud peraturan yang mesti diikuti dan dipatuhi.

3.1 Istiadat Perlimau Tapak (Mandi Tapak)

Sebelum seseorang menjadi murid Gayong secara rasmi, adat yang perlu dijalankan ialah istiadat Perlimau Tapak (Mandi Tapak). Istiadat ini merupakan sabagai akad penerimaan sebagai murid Gayong. Ia dijalankan oleh Pemegang Amanah Silat Seni Gayong yang telah dilantik.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi ahli Gayong adalah seperti berikut :

• Beragama Islam

• Berwuduk (Mengambil air sembahyang)

• Membaca surah lazim : al Fatihah, al Ikhlas, al Masad

• Memberi salam

• Menjunjung al Quran

• Berikrar taat setia

• Menerima, memegang dan menjaga amanah Allah supaya ia tidak menyeleweng dari akidah Islam.

Antara bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menjalankan upacara ini ialah sebiji limau nipis dan akar sintok iaitu peralatan mandian orang dahulu (sabun dan berus), asam jawa dan garam sebagai simbolik kepayahan dan rintangan yang perlu dilalui oleh setiap pesilat. Pisang sebagai hidangan majlis, beras kuning ataupun putih dan juga bertih sebagai adat menyambut tetamu. Bahan lain yang juga digunakan ialah kemenyan untuk penyegar udara dan membangkit suasana.

Individu yang telah menjalani istiadat mandi tapak dibenar untuk mempelajari pelajaran Tapak Gayong.

3.2 Istiadat Mandi Seni

Istiadat ini dijalankan apabila seseorang pesilat sampai ke peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi. Pada tahap ini pesilat akan dibenarkan mempelajari ilmu silat setinggi yang mampu termasuk bermain apa jua senjata dan ilmu kebatinan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah sama seperti untuk upacara mandi tapak. Bahan tambahan yang diperlukan adalah tujuh jenis bunga, tujuh warna benang, dan keris atau parang 21 bilah yang sekarang diganti dengan 21 pucuk jarum.

3.3 Adat Istiadat Lain

Antara adat istiadat lain di dalam Silat Seni Gayong adalah:

• Mandi minyak

• Khatam keris

• Khatam lembing

• Penyampaian bengkung & sandang

• Pertabalan ahli Lembaga Beradat

• Sambutan Hari Sang Sapurba

• Adat Menghadap Tapak

Menghadap tapak dilakukan semasa :

• Penerimaan penabalan

• Memohon izin bergelanggang

• Memberi hormat kepada majlis

Cara menghadap bertapak :

Bertapak maju ke hadapan dimulakan dengan kaki kanan dan diakhiri dengan kaki kanan juga lalu duduk berlutut. Kemudian diikuti dengan dengan duduk berlutut. Selepas itu kedua tangan dirapatkan untuk memberi sembah hormat.

Duduk bertapak pada pesilat terdapat dua peringkat :

• Peringkat tapak

Pada akhir tapak kiraan 3 atau 7, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi.

• Peringkat Seni

Pada akhir tapak kiraan 3 atau 7, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi.


• Pakaian Latihan

Warna : Hitam

Kelengkapan:

• Tengkolok/tanjak

• Baju kurung Melayu dengan potongan leher bujur sireh dan berlengan ¾ panjang

• Seluar dengan kaki ¾ labuh

• Bengkung berbentuk talipinggang mengikut taraf pencapaian. Hendaklah diikat samada disebelah kanan ataupun kiri pinggang.

Bagi penuntut wanita, panjang lengan baju & seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali menutupi aurat serta memakai sampin.

3.6 Adat Buka/Tutup Gelanggang

Latihan dimulakan dengan adat pembukaan gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:
Surah al Fatihah (1x)
Surah al Ikhlas (11x)
Selawat keatas junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w (3x)

Hadiah kepada Rasulullah s.a.w, para sahabat Rasulullah s.a.w, para malaikat, auliya', ulama serta muslimin & muslimat.
Doa (buka) pohon keselamatan sepanjang latihan daripada sebarang bahaya.

Doa (tutup) kesyukuran kerana latihan berjaya ditamatkan dengan baik dari mula hingan akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat daripada Allah s.w.t.

3.7 Adab Dalam Gelanggang

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang :
Tidak meludah
Tidak memakai alas kaki.
Tidak bergurau senda
Minta izin dari imam gelanggang jika ingin keluar atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang.
Menghormati rakan-rakan dalam latihan.
Tidak makan atau minum.
Tidak memakai barang-barang kemas dan alat perhiasan diri.

Semasa menikmati makanan/minuman, bengkung, tengkolok dan sandang yang dipakai hendaklah ditanggalkan dan disimpan ditempat yang elok dan selamat.


Sejarah Pusaka Gayong

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansor Syah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi(Portugis) pada tahun 1511, hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid(anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang telah digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu menyusun suatu barisan penggempur (boleh disamakan dengan gerakan gerila) yang berpegang kepada tekad iaitu "berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong".

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang, untuk mencari perlindungan. Di Pahang, ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau.

Ada suatu kisah yang menceritakan bahawa pada zaman pemerintahan Portugis di Melaka, telah diadakan majlis keramaian tiap-tiap tahun yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Pemerintah Portugis telah mengadakan suatu pertandingan seni persembahan budaya masyarakat setempat dan memberikan ganjaran yang besar kepada pemenangnya. Dalam kategori persembahan silat, pesilat yang menunjukkan persembahan yang dianggap membahayakan telah dikumpulkan setempat dan diasingkan daripada pesilat yang mempersembahkan silat pulut yang diiringi oleh bunyi-bunyian seperti gendang. Pesilat-pesilat yang membawakan silat yang berbahaya ini telah ditangkap secara sulit lalu dirantai dan dibawa ke tengah laut dengan perahu untuk dibunuh, kerana pemerintah Portugis bimbang bahawa mereka boleh mengancam kedudukan Portugis di bumi Melaka. Ketika berada di tengah laut, dengan izin Allah dan berkat ilmu Silat Seni Gayong, rantai yang mengikat hulubalang-hulubalang Melaka itu telah berjaya diputuskan, dan hulubalang-hulubalang Melaka ini telah melawan dan berjaya menumpaskan pengawal Portugis yang mengawal mereka. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri mereka ekoran daripada peristiwa itu, hulubalang Melaka ini telah mengambil keputusan untuk belayar ke merata-rata gugusan kepulauan Melayu untuk mencari perlindungan. Sesetengah daripada hulubalang Melaka ini telah mendarat di Makasar lalu menetap di situ. Di Makasar ini, ilmu Silat Seni Gayong telah berkembang dengan meluas, terutamanya di kalangan bangsawan Bugis. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan semula kesenian lama ini di Tanah Melayu.

Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh orang anak raja tanah Bugis yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Mereka telah belayar meninggalkan tanah Bugis dan menjelajah ke serata kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru. Salah seorang dari putera Bugis itu ialah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning ialah moyang kepada Dato' Meor Abdul Rahman, Mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal mempelajari ilmu Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.


About Me

My photo
pusaka gayong balik pulau
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2011 (4)
    • ▼  May (3)
      • Pelajar Jerman Disambut Oleh PSSPGM Balik Pulau di...
      • Pertandingan Silat MRSM Balik Pulau di MRSM Kota P...
      • Persembahan Nasyid Di EKSPO Balik Pulau
    • ►  March (1)
  • ►  2010 (11)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
  • ►  2009 (9)
    • ►  May (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2008 (35)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (9)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)

PENGENALAN

Pusaka Gayong Malaysia Balik Pulau telah ditubuhkan pada 1 september 2004 di kampung Terang. Telah dirasmikan oleh YB Syed Amirudin turut dihadiri oleh YB Farid dan mendapat sokongan daripada YB Dato Sri Dr Hj Hilmi B. Hj Yahya. Persembahan pencak silat,gendang silat, pameran-pameran dan jualan. Turut dihadiri oleh pengarah jurulatih tertinggi Cikgu Majid Mad Isa bersama dengan Pengerusi PSSPGM serta jawatankuasa cawangan Sg.Ara. Ketua Beradat PSSPGM Balik Pulau iaitu Cikgu Anuwar b Idris selaku penganjur sambutan majlis tersebut.
Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.